Kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain

Kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain ialah sebuah kes jenayah melibatkan penderaan yang berlaku pada awal pagi 21 dan 22 Mei 2017 (Waktu Piawai Malaysia). Kes ini melibatkan seorang mangsa, pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan oleh sekumpulan pelajar sealiran atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba. Zulfarhan cedera parah akibat perbuatan tersebut dan meninggal dunia pada 1 Jun.[2] Kes ini kemudian memperoleh perhatian negara sebagai suatu insiden buli secara ekstrem dalam persekitaran asrama.Kes berakhir tiga tahun kemudian pada 2 November 2021 apabila keputusan akhir dimuktamadkan, dengan enam orang suspek dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun atas kesalahan pencederaan tanpa niat membunuh (Seksyen 330 Kanun Keseksaan) sementera 17 orang suspek dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan pencederaan (Seksyen 34 Kanun Keseksaan), dengan hukuman bermula hari itu.[1]

Kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain

Hukuman Hukuman penjara sebanyak-banyaknya 18 + 3 tahun[1]
Tarikh 21-22 Mei 2017; 4 tahun yang lalu
Koordinat 3°03′01″N 101°43′24″E / 3.0503154°N 101.7234175°E / 3.0503154; 101.7234175Koordinat: 3°03′01″N 101°43′24″E / 3.0503154°N 101.7234175°E / 3.0503154; 101.7234175
Kematian 1 (Zulfarhan Osman Zulkarnain)
Kesalahan Pencederaan tanpa niat membunuh, pencederaan am
Lokasi Blok Jebat, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Keputusan Didapati bersalah

Rujukan

WikiPedia: Kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Kemat... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenazah... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-kem... https://www.astroawani.com/video-malaysia/infograf... https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/3820... https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/6596... https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/03/8019... https://www.hmetro.com.my/utama/2021/11/773175/say... https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/kronolog...